Keseronokan yang pasti

August 04, 2011

Juadah berbuka hari ini: ikan bawal kukus, kuih ondeh-ondeh, Nescafe segelas (wajib!), sayur campur dan nasik putih. Tak de lah grand sangat kan, tapi cukuplah untuk membuatkan aku happy sepanjang malam ni. Bagaimanapun, kita jangan mudah lupa, walau sesedap dan mengenyangkan mana sekali pun makanan yang kita makan tu, bukanlah makanan itu yang mengenyangkan kita, tapi sebaliknya, Allah S.W.T. lah yang berkuasa mengenyangkan kita. Setiap hari, kita kena sentiasa beriman teguh dengan kalimah "La ilaha illa Allah", dengan memasukkan kebesaran Allah S.W.T. ke dalam hati kita, dan mengeluarkan kebesaran makhluk (dalam konteks ini, makanan adalah makhluk) daripada hati kita.


Waktu ketika berbuka puasa memang bagi aku sangat special, sebab masa tu lah ahli keluarga aku dapat duduk satu meja, makan beramai-ramai. Lepas makan tu, sambil tersadai kekenyangan menghabiskan saki-baki Nescafe dalam gelas, kitorang akan mulakan sesi bersembang. Time ni, semua idea dan ilmu pengetahuan yang aku dapat melalui aktiviti pembacaan blog pada setiap hari, aku akan kongsikan dengan ahli keluarga aku, dan semua orang akan dengar dengan penuh khusyuk, lalu bergegarlah rumah, apabila masing-masing nak suarakan pendapat mereka. It's like having a big family gathering, padahal kami cuma 4 orang je (will be 6 in the last week of Ramadhan).

Manakala sebelum tu, kami dapat sama-sama buat riuh dekat makmal makanan (yeah, makmal makanan is dapur, sebab memasak bukan seperti hari-hari biasa, yang mana kita dapat merasa dengan lidah; memasak sebelum berbuka puasa hanya membolehkan kita mengagak kuantiti dan sukatan bahan dalam masakan kita tu, macam dalam makmal kimia lah, kita sukat bahan kimia tu, sebelum campur dengan benda lain). Mana nak alami suasana macam ni kat rumah aku pada bulan-bulan biasa. That's why Ramadhan is really a special and meaningful month for me. Moga hari-hari mendatang pada bulan yang penuh kemuliaan dan keberkatan ini akan menjadi lebih baik daripada hari ini.

You Might Also Like

0 Comments

Speak now or forever hold your peace.

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images

Subscribe