Islam Agama Yang Indah

May 19, 2011

Yang Mulia, Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan yang saya hormati sekalian. Selamat sejahtera diucapkan kepada semua yang hadir. Pada petang yang berbahagia ini, saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk, "Islam Agama Yang Indah".

Para hadirin yang dihormati sekalian,
Sebaik-baik kurniaan Allah S.W.T. kepada umat manusia ialah agama Islam. Islam merupakan agama yang mulia dan sesuai sekali dengan fitrah semula jadi manusia. Islam pada bahasa ialah "sejahtera, selamat, aman dan damai". Manakala pada pengertian syarak ialah "mengabdikan diri kepada Allah S.W.T., tunduk, dan patuh kepada suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya". Daripada pengertian tersebut, Islam adalah agama yang diredhai Allah. Islam memandu hidup manusia ke arah kesejahteraan hidup di dunia, dan kenikmatan hidup di akhirat. Firman Allah S.W.T. dalam surah Ali-Imran, ayat 19, iaitu: "Sesungguhnya agama yang diredhai Allah ialah agama Islam".

Allah telah menyatakan bahawa Islam adalah agama yang diredhai-Nya dan amat sesuai dijadikan panduan hidup manusia. Islam berbeza dengan agama-agama lain. Islam merupakan ad-Din, iaitu suatu cara hidup manusia. Apabila Islam dinobatkan sebagai suatu cara hidup manusia, ini bermakna, Islam meletakkan beberapa garis panduan hidup dalam memandu kehidupan manusia.

Islam adalah agama yang mempunyai hubungan antara Pencipta dengan makhluk, dan hubungan sesama makhluk. Islam yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. adalah agama Allah, dan Allah yang menciptakan alam ini. Oleh yang demikian, Islam mengajak manusia beriman kepada Pencipta alam, Pencipta agama Islam, dan Pencipta manusia, iaitu Allah S.W.T. Ini bermakna, Islam mengajak manusia beribadat kepada Allah. Hanya Allah S.W.T. Tuhan yang berhak disembah. Islam menyeru manusia mengenali Allah S.W.T. yang Maha Esa, Maha Berkuasa, Maha Bijaksana; dan mengabdikan seluruh jiwa dan aspek kehidupan manusia kepada Allah S.W.T.

Islam amat indah dan tidak membebankan penganutnya. Islam meletakkan kriteria-kriteria yang mampu diamalkan oleh manusia. Sebagai contoh, kita lihat lima Rukun Islam, di mana selepas mengucap dua kalimah Syahadah, kita difardhukan dengan solat lima waktu sehari semalam. Solat adalah wajib kepada setiap mukallah. Jika seseorang itu tidak mampu berdiri untuk solat kerana keuzuran, maka dia boleh mendirikan solat secara duduk. Jika tidak mampu duduk, hendaklah solat secara baring menelentang ke arah kiblat, seterusnya dengan menggunakan isyarat mata. Islam juga telah memberi rukhsah kelonggaran kepada musafir, ibu-ibu yang mengandung, dan sebagainya. Ini semua adalah kemudahan yang Islam berikan kepada manusia dan sama sekali tidak membebankan manusia. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah, ayat 286, iaitu: "Allah S.W.T. tidak membebankan manusia melainkan apa yang mampu dilakukan oleh mereka".

Kedatangan Islam yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. telah mengubah corak hidup manusia daripada kesesatan kepada kehidupan bertamadun dan kebenaran hakiki. Allah S.W.T. telah mengutuskan manusia sebagai Khalifah di muka bumi ini untuk memajukan dan memakmurkan alam ini, dan membina tamadun hidup yang mulia. Islam mengajar manusia membina tamadun berasaskan syariat Islam.

Islam itu indah kerana Islam memberi kebebasan beragama. Islam tidak memaksa seseorang itu untuk menganut agama Islam. Islam menghormati kebebasan beragama, tetapi Islam sentiasa mengajak manusia memilih agama Islam sebagai jalan kehidupan yang diredhai oleh Allah S.W.T., dan Islam menjamin kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Sesiapa sahaja boleh memilih mana-mana agama yang mereka sukai, juga boleh mengamalkan adat dan peraturan agama masing-masing, tetapi mestilah tidak menganggu kebebasan agama lain. Firman Allah S.W.T. dalam surah Al-Baqarah, dalam ayat 256, iaitu: "Tidak ada paksaan untuk menganuti agama Islam, sesungguhnya telah jelas dan nyata jalan yang benar daripada jalan yang salah".

Sudah jelas dan nyata sekali ya tuan puan bahawa Islam itu adalah agama yang indah dan memenuhi kehendak manusia. Islam menjamin kehidupan yang hakiki dan memberi kesejahteraan abadi kepada manusia di akhirat kelak. Sekian.

Manis bicara, indah tutur kata, 
Manis kalimah pengikat ukhuwah,
Hati yang manis bercahaya,
Kemanisan iman terasa.

Wa billahi taufik wal hidayah, Wassalamualaikum W.B.T.

The Qur'an and the Oily Red Rose Nebula

p/s: I wrote this when I entered a Syarahan Agama back in my Form Two/Three year (accidentally found it when cleaning up my closet). Lacking of content with lots of unnecessary body gestures. That's why I never win it. My first and the last Syarahan Agama I ever entered. Duh!

You Might Also Like

0 Comments

Speak now or forever hold your peace.

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images

Subscribe