Aurat Perempuan Merdeka Mengikut Pandangan Mazhab

February 03, 2011

MALIKI
Semua badannya, kecuali muka dan dua tapak tangan. Mubah (harus) didedahkan muka dan dua tapak tangannya di jalan dan di hadapan lelaki ajnabi, tetapi dengan syarat aman daripada fitnah. Jika ditakuti fitnah, maka wajib ditutup.

HAMBALI  
Ada dua qawl:
  1. Semua badannya kecuali muka dan dua tapak tangan. Muka dan dua tapak tangannya halal dilihat lelaki ajnabi, jika aman daripada fitnah. Tetapi wajib ditutup sekiranya ditakuti mendatangkan fitnah.
  2. Semua badannya, tanpa kecuali. Ini berdasarkan kepada  satu riwayat daripada Imam Ahmad dan inilah qawl yang  paling sahih.
SHAFI'E
Ada dua qawl berdasarkan dua riwayat daripada Imam Shafi'e:
  1. Semua badan, tanpa kecuali. Inilah qawl yang paling sahih  atau paling nyata atau mu'tamad, sebagaimana diterangkan oleh Ibnu Hajar al-Haytamiyy di dalam az-Zawajir dan al-Baydawiyy di dalam Tafsirnya dan juga para Ulama' Shafi'iyyah.
  2. Semua badan, melainkan muka dan dua tapak tangan. Mubah didedahkan muka dan dua tapak tangan di hadapan lelaki ajnabi dengan syarat aman daripada fitnah. Wajib tutup muka dan dua tapak tangan itu bukan kerana ianya aurat, tetapi kerana menutup pintu fitnah dan fasad.
HANAFI
Ada dua qawl, berdasarkan dua riwayat daripada Imam Abu Hanifah:
  1. Semua badan kecuali muka dan dua tapak tangan. Mubah didedahkan muka dan dua tapak tangan di jalan dan di depan lelaki ajnabi dengan syarat aman daripada fitnah. Jika ditakuti mendatangkan fitnah atau membawa kepada fasad, maka wajib ditutup.
  2. Semua badannya, kecuali muka, dua tapak tangan dan dua qadam (iaitu tapak kaki) dan pergelangannya.

You Might Also Like

0 Comments

Speak now or forever hold your peace.

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images

Subscribe